Tuesday 19 June 2012

Sisa Cinta Kita Bab 2


“ Aku suruh bunuh dia! Kenapa susah sangat hah??” Marah seorang wanita yang cukup bergaya walaupun usianya sudah masuk empat puluhan.
“ Yang kau suruh bunuh ini adalah manusia bukannya katak! Sabarlah sikit. Kita kena rancang betul-betul sebelum kita tamatkan riwayatnya,” kata seorang lelaki yang di panggil Richard.
“ Rancang. Rancang! Rancang! Itu je alasan kau! Sampai sekarang orang tua tu masih lagi bernyawa!”
“ Kau sabar boleh tak? Aku tak nak disebabkan sikap kita yang tiada perancangan ini kita berdua akan di gantung sampai mati. Lebih baik kita cari seseorang yang akan dijadikan kambing hitam!”
Buntang biji mata wanita tersebut. Dia tidak sabar mahu mengetahui perancangan seterusnya. Tidak sia-sia dia bekerjasama dengan Richard selama ini.
“ Kambing hitam? Siapa?”
Richard tersenyum lebar sambil mengangkat keningnya.
“ Kita lihat siapa yang kena!” Kata Richard yang sudah besar ketawanya.



 “ HAI Cik Nyet!!” Tegur seorang mahasiswi yang tidak dikenali Qisha.
Sejak peristiwa malam itu, Qisha semakin glomour. Namanya meletup di seluruh pelosok UKM. Keglamourannya mengalahkan glomour Mawi sebaik sahaja lelaki itu menjadi juara akademi fantasia. Semua orang mengenalinya. Tidak kiralah sama ada senior ataupun junior.
“ Nama aku bukan Cik Nyet la! Nama aku Qisha. Q-I-S-H-A. Qisha!” Kata Qisha sambil mengeja namanya satu per satu.
Dia berasa geram, marah dan benci. Suka-suka hati je lelaki itu menukar namanya. Penat-penat mak bapanya memberikan nama yang baik, indah lagi bermakna untuk dirinya tetapi disebabkan angkara lelaki itu nama itu tidak berguna lagi.
“ Ini semua angkara lelaki itu!” Marah Qisha.
Sudahlah dia panas dengan bahang matahari. Kini dia dihangatkan lagi dengan teguran mahasiswi yang sememangnya sengaja mencari fasal dengannya. Ketika itu semua mahasiswa dan mahasiswi beratur sambil berjalan berkumpulan dari Kolej Keris Mas ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak untuk aktiviti orientasi bersama pihak universiti.
“ Sabarlah Qisha. Aku dengar nama dia Aqif.” Kata Anisah.
Qisha pandang kepada Anisah. Wajahnya berkerut seribu.
“ Bukan nama yang panjang berjela tu sampai tergeliat lidah aku menyebutnya.” Tanya Qisha semakin geram.
“ Tak. Semua nama diorang malam tu adalah rekaan semata-mata.”
Qisha menyumpah di dalam hati. Buat penat je dia menghafal. Malah dia rasakan dipermainkan oleh fasilator sedangkan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk tidur dihabiskan untuk pembohongan yang sia-sia.
“ Diaorang ni memang dah melampau. Sengaja nak mempermainkan kita.”
“ Itulah yang dinamakan orientasi Qisha. Inilah satu-satunya peluang untuk mereka kenakan kita habis-habisan. Kononnya nak balas dendam sebab mereka dulu pun pernah kena seperti mana yang kita kena sekarang ni.”
Qisha mendenggus. Alasan yang tidak munasabah langsung. Peluhnya sudah menitik satu per satu. Dia mula penat dengan perjalanan yang agak jauh. Mereka tidak dibenarkan menggunakan kenderaan sepanjang minggu orientasi ini. Sakitnya hati apabila mendengarkan jeritan  para fasilitator yang memaki mereka kerana kelembapan mereka berjalan sedangkan para fasilitator pula sedang bersenang-lenang menaiki motorsikal.
“ Itu namanya tak adil. Patutnya diaorang balas dendam kepada senior diaorang. Kenapa nak balas dendam kepada kita yang tak bersalah pula?”Bangkang Qisha dengan muka yang merah menyala.
“ Hei Cik Nyet! Kau berjalan ke kau buat catwalk kat situ? Cepat sikit! Terhegeh-hegeh.” Marah seorang fasilitator yang sedang memperlahankan motornya di sebelah mereka.
Qisha mendenggus lemah. Namun tidak sesekali dia berani melawan kata-kata fasilitator itu. Dia tidak mahu di cop sebagai junior kurang ajar. Apatah lagi orientasi ini hanyalah sekadar untuk menguji kesabaran mereka.
Qisha dan Anisah mempercepatkan langkah mereka. Mereka tidak mahu mendengar makian daripada fasilitator buat kali kedua. Bingit telinga mereka ini sedangkan kesabaran mereka bagaikan sudah menipis di tengah terik matahari ini.
“  Tak perlah Qisha, sabarlah. Lagi pun hanya seminggu sahaja minggu orientasi ini.”
Qisha mengeluh lemah. Hanya Anisah sahaja yang tidak memanggilnya dengan nama panggilan Cik Nyet. Dia tahu Anisah faham dengan perasaannya yang sangat bencikan nama tersebut.
“ Satu minggu rasanya bagaikan setahun bagi aku. Di tambah lagi dengan nama glamour aku yang direka oleh si beruk tu! Geram betul aku!” Rungut Qisha yang suka-suka hatinya pula memberikan nama gelaran baru kepada Aqif.
Anisah tersenyum lebar. Ini barulah dikatakan perlawanan yang adil kalau Aqif juga mendapat nama gelaran tersebut. Alangkah bagusnya kalau seisi kolej turut memanggil Aqif dengan nama tersebut.
“ Dengar khabarnya perangai dia memang macam tu. Dia memang suka sakat orang.” Terang Anisah pula.
Qisha pandang Anisah sambil menjuihkan bibirnya. Kalau boleh dia tidak mahu tahu apa-apa pun tentang lelaki itu. Biarlah pertemuan mereka semalam adalah pertemuan pertama dan terakhir buat mereka berdua. Dia mahu melupakan peristiwa yang cukup mengaibkan dirinya itu.
“ Patutlah perangai dia macam pelesit!”
“ Tapi dengar katanya hatinya baik.”
Anisah memberi informasi yang baru didapatinya daripada beberapa orang teman yang mempunyai hubungan yang baik dengan fasilitator.
Qisha pandang wajah Anisah bagaikan tidak percaya. Beria benar sahabatnya itu membela Aqif. Adakah mereka berdua mempunyai hubungan yang istimewa tanpa pengetahuannya atau Anisah sudah jatuh hati dengan Aqif.
Tiba-tiba Qisha berasa mahu termuntah dengan tanggapannya sendiri. Ada ke wanita yang mahu jatuh hati dengan lelaki yang berperangai seperti pelesit itu?
“ Mana kau tahu semua itu?”
“ Aku dengar cerita-cerita orang je.”
“ Ooo..aku ingat kau pergi interview dia. Mana tahu kau dah jatuh hati. Beria-ia puji dia.” Perli Qisha pula.
Anisah ketawa kecil.
“ Aku hanya berikan informasi kepada kau. Mana tahu ianya berguna untuk kau nanti. Oh ya dia juga best student dalam fakulti Kejuruteraan.” Beritahu Anisah.
“ Fakulti Kejuruteraan? Alamak ingatkan dah tak mengadap mukanya lepas orientasi ini rupa-rupanya tak! Aduh!”
Qisha rasakan bagaikan mahu pengsan mendengarkan cerita Anisah itu. Dia dapat bayangkan kehidupan yang bakal dilaluinya kelak. Pastinya hidupnya ini akan dibayangi oleh Aqif setiap masa. Malah rasanya nama Cik Nyet itu bakal menjadi nama glamournya di sini sepanjang tempoh pengajiannya ini.








No comments:

Post a Comment