Tuesday 21 January 2014

ANDA JUGA BOLEH MENJADI PENULIS

sy mahu berkongsi tip bagaimana mahu menjadi penulis berdasarkan pengalaman sy sendiri. sy rasa semua di antara kita mempunyai bakat menulis. mengapa saya berkata begitu kerana pastinya semua di antara kita belajar menulis karangan bukan? dan ilmu yg kita belajar di sekolah itu adalah ilmu asas untuk kita menulis. dulu semasa sekolah cikgu selalu cakap kepada kita banyak membaca kalau mahu dpt A1 dalam penulisan. dan itulah yg sy lakukan. MEMBACA, MEMBACA, MEMBACA dan kemudian brlah saya menulis. tetapi apa yang perlu di baca? pertama sekali bacalah novel. tgk bagaimana penulis menulis. anda boleh memulakannya dengan membaca karya saya AKU BENCI KAU! kerana ayatnya mudah difahami dan mudah dipelajari...seterusnya bacalah majalah2 dan surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa yang mahu dimasukkan ke dalam cerita anda. hadirilah kuliah2 agama untuk menyelitkan ilmu2 agama dalam cerita anda. hal ini sangat penting kerana elemen pendidikan perlu diterapkan kepada setiap penulisan kita. apatah lagi novel2 cinta sudah menjadi kegilaaan masyarakat masa kini. kenapa tidak kita mengambil kesempatan ini untuk mendidik jiwa manusia supaya lebih dekat kepada penciptaNya. di sini saya suka dgn moto datuk hisyamudin, bos kami di karangkraf, kaya di dunia mati masyuk syurga. di mana dgn penulisan kita ini boleh membawa kekayaaan kepada kita dan seterusnya membawa kita ke syurga bukannya mengheret kita di negara! yakinlah anda boleh menjadi penulis walaupun anda tidak mempunyai asas sastera kerana saya juga tidak pernah belajar sastera. esok saya sambung lagi tips penulisan saya...sebelum melabuhkan tidur selak-selaklah karya terbaharu saya AKU BENCI KAU!

Monday 13 January 2014

Di review oleh: Bica Bie Comel

Di review oleh: Bica Bie Comel
Tarikh Review: 17 November 2013.
Tajuk Novel: Aku Benci Kau!
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima.
SAAT PERTAMA MEMBACA NOVEL INI KITA MULAKAN DENGAN KISAH SURAYA IAITU ISTERI ADAM DAN MAMA DARIUS, SURAYA SEORANG ISTERI YANG BAIK DAN SETIA TETAPI ADAM MANUSIA KEJAM…SUAMI JAHAT…DERA ISTERI…SERTA MENJUAL ISTERI SENDIRI KERANA WANG…
MAK ADAM PUAN HENDON LAGI LA SEORANG WANITA JAHAT, MALAH PUAN HENDON LA BAGI IDEA KAT ADAM INI AGAR BAGI ISTERINYA SURAYA, DEKAT ORANG PUTIH UNTUK DAPATKAN TENDER YANG BERNILAI 1.2 BILION.
SAKIT HATI BETUL DENGAN ADAM DAN PUAN HENDON SUDAH LA BUAT SURAYA MACAM TO , DI BURUK KAN PULAK SURAYA DEPAN ANAKNYA DARIUS…DAN APAKAH YANG TERJADI KEPADA SURAYA LEPAS ITU YE…BACA SENDIRI DALAM NOVEL INI???????
DARIUS PUN MEMBESAR DENGAN MEMBENCI PEREMPUAN…BAGINYA PEREMPUAN SEMUA UMPAMA PELACUR SAHAJA…DARIUS SEORANG YANG TERKENAL DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN MENJADI KEBANGAAN PUAN HENDON.BAGI MEMBOLOT JAWATAN TERTINGGI DALAM SYARIKAT,PUAN HENDON BERHAJAT MENJODOHKAN DARIUS DENGAN MIASARAH ADIK MOKHTAR IAITU ANAK TAN SRI NAJIB DAN PUAN SRI ZAIDAH TETAPI HASRAT TAK TERCAPAI PUN…KERANA TERSEBAR VIDEO YANG MENUNJUKKAN DARIUS ADALAH SEORANG GAY.ANGKARA ZETTY DAN MOKHTAR YANG TELAH MENGUPAH ORANG UNTUK MENCIPTA VIDEO HUBUNGAN SONGSANG TERSEBUT DAN MELETAKKAN DARIUS SEBAGAI WATAK UTAMA. KERANA SAKIT HATI DENGAN DARIUS (KENAPA ZETTY DAN MOKTHAR SAKIT HATI ???? BACA DALAM NOVEL INI !!!!!!!!!!)
BAGI ZETTY DAN MOKHTAR TERSEBARNYA VIDEO TERSEBUT MAKA TERCALAR IMEJ BAIK DARIUS.
DARIUS YANG SAKIT HATI KERANA TERSEBAR VIDEO PALSU ITU TERPAKSA MENGIKUT PLAN PUAN HENDON UNTUK BERNIKAH DENGAN ADLENE KAYRA.
SAPA ADLENE KAYRA..MACAM MANA PUAN HENDON KENAL KELUARGA KAYRA…CARI DALAM NOVEL YA!!!!!!!!!!
KAYRA SEORANG DOKTOR BERKAWAN RAPAT DENGAN DANISH ISKANDAR SEORANG PEMUDA LEMBUT,PERSAHABATAN MEREKA YANG IKHLAS INI TIDAK DISUKAI OLEH PUAN MUNIRAH MAK KAYRA…
TANPA MENGETAHUI NIAT JAHAT PUAN HENDON KELUARGA KAYRA TERPERNGKAP DALAM RANCANGAN PERKHAWINAN AGENDA PUAN HENDON.WALAUPUN KARYA TIDAK SUKAKAN DARIUS,KAYRA TERPAKSA BERNIKAH JUGAK….KENAPA KAYRA BERNIKAH DENGANN DARIUS…APA YANG BERLAKU…BACA DALAM NOVEL INI!!!!!!!
DARIUS SEORANG YANG KEJAM…TETAPI MASIH ADA BELAS KASIHAN LAGI KEMATIAN ADAM AYAHNYA MENGUBAH KEHIDUPAN DARIUS….INSAF KE TIDAK DARIUS…. DAPATKAN DALAM NOVEL INI????????APA PULAK YANG TERJADI KEPADA PUAN HENDON??????
DAPATKAN JAWAPAN NYA DALAM NOVEL INI……..



KOMEN:
1.BUAT BAIK DIBALAS BAIK,BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT.
2.KEMAAFAN ANUGERAH TERINDAH
3.KASIH SAYANG MENGUBAH KEJAHATAN.
4.SETIA BIAR BERTEMPAT.

Di review oleh: Imaniah Fajaya Othman.

Di review oleh: Imaniah Fajaya Othman.
Tarikh Review: 17 Oktober 2013.
Tajuk Novel: Aku Benci Kau!
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima.
Serius.. pns hati tul bc novel ni.. grrrrrr.. knplah Hendon n Adam tu manusia.. knplah mrk tu bukan nyamuk? .. sng ku nk penyet2 mcm ayam penyet..mmg jahat giler 2 ekor manusia ni....nasib baik Darius ni sempat insaf.. kalau tk .. kusumpah jd semut...
Suraya : Dari org gaji yg gatai p bercinta ngan majikan pesal.. ko percaya sangat si pemabuk tu..yg insaf kejap je.. lps kahwin setahun .. berubah jd setan balik... Adam tu hr2 buat kau mcm punch bag.. kalau boleh bertahan bertahun2.. kalau aku .. dah lama letak racun tikus dlm mknn dia.. aku kalau jd ko.. dpt mentua mcm Hendon kejam tu .. baik tk pyh kahwin... species penjahat adik beradik hitler...sanggup p racun ank ko Darius supaya benci ko.. nenek jenis apa ntah.. lps tu suruh Adam laki ko bg mat salleh giler seks merasa ko 1 mlm semata2 sbb biss.. senget tul...
Darius : ni sekor lagi species jahat tak cukup masak.... ckp sayang mama.. tp leh pulak terasuk dgn kata nenek n papa setan dia tu... lps tu anggap n hina semua perempuan pelacur...mcm bagus sangat.. harap muka hamsome..kaya.. tapi otak letak kat lutut..padan muka kena fitnah gay n video seks songsang ko tersebar. Lps tu kalut nk buktikan ko jantan asli sehingga terikut dgn kata2 nenek hendon ko p rogol Kayra n rakam video tu semata2 untuk paksa Kayra kahwin ngan ko... lps kahwin pun ko siksa bini ko... jahat tu ko.. nasib baik sempat insaf.. kalau tak mati lemas ko mcm bapa ko or mati kena sembelih ko mcm nenek kejam ko itu..
Karya : yg ni mangsa keadaan .. kerana terikat dgn budi keluarga kejam tu, sendiri tergantung leher.. slps dirogol dan dipaksa kahwin dan menjadi objek pelepas nafsu Darius, dia sering dipukul dan hampir disiram minyak panas oleh nenek mentua , bapa mentua n suami sendiri. Pernah sekali Hendon hampir membunuhnya krn dia tk mahu gugurkan kandungannya..
Ok.. dah mls nk review....nak tahu apa yg berlaku pada Suraya? Knp Hendon mati dikerat? Knp Darius insaf? Apa berlaku pd Kayra? N sempat lahir tak ank Darius n Kayra tu.. sila baca novel ini.. mmg best gilerr.. gue pun nangis lps tgk Darius insaf n menangis.

Di review oleh: Chua Pei Yong

Di review oleh: Chua Pei Yong
Tarikh Review: 22 Oktober 2013.
Tajuk Novel: Aku Benci Kau
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima
Puan Hendon- Dendam terhadap arwah suami dan perempuan menjadikan dia mendidik anak dan cucunya untuk membenci perempuan. Perempuan yang angkuh, tamak,berlagak dan materialistik. Berpakat dengan anaknya untuk membuat cucunya membenci ibu dan perempuan. Hampir migrain saya baca ttg perbuatannya.

Adam- Berjoli dan gemar akan minuman keras, dia merupakan seorang yang menganggap perempuan itu pelacur. Suami yang dayus dan mengasari isterinya sendiri. Sanggup menukar isterinya dengan tender kontrak. Saya rasa nak hempuk dia kat dinding.

Suraya- Orang gaji Adam yang kemudian menjadi isteri. Menurut sahaja arahan suami sehingga berada di wad psikatri.

Hakimah- Sahabat Suraya yang baik. Memang saya suka akan kewujudan Hakimah.

Darius- Anak muda yang berjaya di duniawi, tapi gagal dalam akhlak dan ilmu agama. Mempunyai ego yang tinggi melangit. Rasa macam nak patah riukkan tulangnya.

Adlene Kayra- Pesakit jantung berlubang, Puan Hendon merupakan 'penyelamat'. Anak dan isteri yang soleh. Lebih berani daripada Suraya.

Danish Iskandar- sahabat baik Adlene masa induksi, memberi pertolongan dan semangat pada kawannya.

Rekaan cover depan merah, ada kaitan dengan dendam dan marah. Stetoskop melingkari tali leher, Adlene sebagai doktor yang cuba menyelami dan merubah Darius. Kita tidak pernah terlepas darpada kesilapan, cuma cari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Pengetahuan pesakit tentang sebahagian tugas doktor di bahagian psikatri betul-betul menggambarkan keadaan di sana. Hal ini membuat saya terkenang akan pengalaman bekerja di sana dan mengakui bahawa pesakit mental kebanyakkan berpunca daripada konflik rumah tangga. Tapi saya tak puas hati dengan kematian Adam. Patutnya dia mati dengan lebih ngeri lagi. Darius terlalu senang nak memaafkan Agnes, padahal dia begitu mendendami ibunya. Terima kasih kak penulis yang menghidupkan balik saat-saat saya berkhidmat di hospital.

lg review aku benci kau dr Yatiee Aliff



Di review oleh: Yatie Aliff
Tarikh Review: 16 Oktober 2013.
Tajuk Novel: Aku Benci Kau!
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima.
sungguh memang saya sakit hati dgn watak2 antagonis dlm cite ni... cite yg membuatkan emosi kita ditahap kemarahan. pn hendon, adam & darius yg sangat kejam... pasal apa ntah yg dia org ni benci sangat kt perempuan. adam yg sanggup jual isterinya atas hasutan pn hendon utk mendptkan projek yg lumayan. darius telah di didik utk membenci perempuan... sehinggakan dia di fitnah sebagai gay. utk menutup malu... darius dikahwinkan dgn kayra. kayra telah di seksa & di pukul oleh keluarga darius yg sungguh kejam... adoii memang bikin hati panas je baca cite ni dr mula sampai ke suku akhir cite. tapi byk pengajaran dlm cite ni... cite ni berkisar sejarah kisah nabi Lut. jln cite lain dr yg lain... good job pd penulis

Review aku benci kau

Review dr kak Rosni Musa
Baca nobel nih mcm2 perasaan yg timbul... 1-1 nya nobel yg buat saya nak marah, benci, meluat dan yg sewaktu dgnnya.

Mengisahkan Darius yg dibsrkan dgn penuh pembohongan tentang mamanya. Sehinggakan dia menjadi seorang yg terlalu membenci terhadap kaum wanita. Pada fikiran Darius semua wanita ibarat seorang pelacur. Adehhhh...sabo je laaa haku.
Ketika berusia 8 thn Darius telah dipisahkan dgn mamanya kerana hasutan & fitnah drpd ayah & nenek Darius. Nenek Darius( mokcik Hendon) adalah sejahat2 manusia. Sanggup menjual menantu semata2 hendak mengaut keuntungan.
Ayah Darius seorang lelaki yg dayus.. haaa yg ni layak dipanggil Dayus.. bukan pokcik guard kat airport tu..hehehe. Kerana harta sanggup dia menggadai isteri sendri. Dah gadai isteri diracun plak pemikiran Darius dgn mengatakan mama Darius curang.. suka menjual tubuh tuk kekayaan. Sikap ayah Darius yg suka berpoya2 & mabuk2 tidak disukai oleh Darius. Walaupon Darius suka berpoya2 tapi dia x pernah meneguk air haram tu.
Hidup Darius dikelilingi dgn kekayaan. Kerjaya yg meningkat serta femes di mata masyarakat. Nama Darius sering disebut2 sebagai usahawan yg berjaya. Tapi biasa laaa mana ade yg senang hati dgn kejayaan org kan.. kerana sikap irihati & cemburu, Darius difitnah dgn tersebarnya video hubungan songsang.
Maka bermula la kejatuhan Darius. Utk membersihkan nama baik keluarga.. nenek Darius mencadangkan agar Darius segera berkahwin.. nak coverline ler tu. Konon2 cucu dia bukan gay. Yg jd mangsa ialah Adlene Kayra. Adlene Kayra pernah menerima bantuan drpd Hendon. Semasa Kayra kecil Hendon sanggup mendermakan wang tuk pembedahan Kayra. Itupon sebab nak jaga airmuka. Hisshh Hendon ni memang syaitan bertopengkan manusia. Semua kejahatan adalah rancangan Hendon. So Hendon segera meminang Qayra. Fuhhhh stail meminang pon ikut redah jek.. Apabila Qayra tau yg bakal suaminya seorang gay...bermati-matian Qayra menolak utk tidak dijodohkan dgn Darius. Bila nafsu jahat dah menguasai diri Hendon memaksa Darius memperkosa Qayra supaya Qayra tidak menolak perkahwinan itu. Uwaaa.. babak ni rasa nak gi tembak je Darius tu.
Akhirnya Qayra terpaksa juga mengahwini Darius. Dan bermula laa episod kedukaan dlm hidup Qayra. Kalau nak tau mcm mana layanan Darius terhadap Qayra sila beli buku nih & baca.
Adakah Darius , Hendon & ayah Darius insap dgn perbuatannya. Adakah Darius dpt bersatu semula dgn mamanya? Sama2 kita menghayati kisah dlm naskah ni. Byk pengajaran yg dpt kita perolehi.
Jujur saya katakan..buku ni memang memainkan emosi saya. Buku yg lain drpd yg lain. Tahniah tuk penulis.