Monday 18 June 2012

Tanpamu Di sisi Bab 11

” Macammana boleh jadi macam ni Danish? Macammana kontrak yang sepatutnya kita dapat terlepas dari tangan orang lain?” Suara emak kedengaran garang sekali. Mukanya sudah merah menyala membuktikan tahap keradangannya saat ini.
” Laporan kewangan kita tak stabil. That why kontrak itu terlepas dari tangan kita.” Terang Danish cukup berhati-hati. Dia faham benar dengan perangai emak yang tidak suka pada kegagalan. Inilah kali pertama syarikat mereka gagal dalam merebut tender.
” Bukankah kita dah  buat pinjaman bank untuk menjana modal kita?” Kata emak yang tidak dapat menerima alasan tidak munasabah daripada anak lelakinya.
” Mak, pinjaman itu tidak diluluskan. Lagipun kita perlukan suntikan yang besar untuk memulihkan kembali syarikat kita di India.”
” Tak perlu kau bicarakan tentang bisnes kita di India tu. Biar ayah yang uruskan di sana. Kau patutnya fokus tentang syarikat kita kat sini. Bukannya berfoya-foya! Fasal itulah syarikat kita jadi macam ni!” Emak sudah menyalahkan Danish. Emak sudah tidak tahan lagi dengan perangai Danish yang baginya sudah semakin liar. Sudah acapkali Danish bermalam di luar. Sudah berbuih juga mulutnya menasihati namun seperti mencurahkan air di daun keladi. Bingung juga si emak apabila memikirkan perangai anak lelaki tunggalnya ini.
Danish terdiam. Mindanya ligat mencari kata-kata yang sesuai untuk memujuk ibunya. Sudah terlalu banyak kesilapan yang dilakukan olehnya. Bagi Danish dikala ini dengan keadaan syarikat yang belum cukup stabil seharusnya dia berusaha merantai segala rahsia perkahwinannya yang berlaku. Sekiranya emaknya mengetahui Danish gusar akan menyebabkan emaknya bertambah tertekan.
” Mak tak nampak ke Danish dah banyak berusaha menyelamatkan syarikat kita ini?” Danish cuba meyakinkan emaknya bahawa dia betul-betul berusaha untuk mengukuhkan kembali syarikat keluarganya.
Danish tahu keradangan ibunya tidak mungkin dapat diredakan dalam sekelip mata. Emak yang sedang berperang dengan emosi dan memberontak dengan keinginan yang tidak kesampaian. Mengapa emak tidak dapat berfikir dengan rasional? Menganggapnya sebagai takdir Tuhan dan menerimanya dengan redha.
Emak sudah mendenggus. Dia sudah berpaling. Memandang Danish pun dia tidak sudi. Marah benar dia kali ini.
” Berusaha apa kalau asyik berfoya-foya je. Mak perasan sekarang kau tak pernah balik rumah. Kerja pula tak pernah komited. Betina mana pula yang dah kau tergila-gilakan?” Emak menjeling geram kepada Danish. Kalau tidak kerana perangai anaknya tidak mungkin mereka kehilangan kontrak yang amat bernilai ini.
Danish mendenggus. Dia tidak suka apabila emak menuduhnya yang bukan-bukan.
” Apa yang mak cakapkan ini? Jangan asyik salahkan Danish je!” Tempelak Danish kasar. Dia sudah lupa rasa hormat pada ibunya apabila terus-terusan dirinya di persalahkan.
Emak hanya melepaskan keluhan berat melihatkan peragai Danish itu. Minda emak ligat mencari kata-kata yang sesuai untuk menyedarkan Danish. Dia mahu Danish yang bersikap buaya berubah dan lebih bertanggungjawab. Dia kasihankan Dahlia yang bertungkus-lumus menyelamatkan syarikat dan membesarkan Alya sedangkan Danish pula hanya lepas tangan.  
” Orang yang bijak akan menilai diri sendiri Danish. Kita mesti melihat di mana kita berada, ke mana hala tuju kita dan bagaimana kita hendak sampai ke destinasi kita,” bicara emak lembut sekali. Emak sedar Danish sudah dewasa dan Danish akan rasa tercabar jika emak terus-terusan memarahi Danish seolah-olah Danish seorang kanak-kanak.
” Apa faedahnya berfoya-foya. Bukankah ia satu sikap yang memalukan. Seorang lelaki sejati adalah seorang yang boleh diharap dan penuh dengan sifat kelakian. Seorang lelaki sejati dia mampu melindungi orang yang di sayanginya. Seorang lelaki sejati dia sanggup berkerja keras untuk orang yang di sayanginya. Seorang lelaki sejati dia memiliki ilmu yang cukup untuk disandarkan sebagai seorang pemimipin. Mak cukup mengimpikan anak lelaki emak menjadi lelaki sejati. Lelaki yang benar layak digelar lelaki yang penuh keperkasaan dan kejantanan serta rasa tanggungjawab yang cukup besar selari dengan cabaran semasa.”
Danish terdiam mendengarkan bicara emak yang nyata benar itu. Dia tahu dia sudah banyak menghampakan emak dengan sikapnya itu. Namun dia juga mengharapkan emak memahami situasinya saat ini.
” Danish tahu emak. Tapi emak juga harus faham dengan keadaan Danish. Danish baru je bekerja dan dalam proses memahami selok belok perniagaan. Mak tak boleh nak expect 100% perfect on what I’m doing now. Lainlah Dahlia. Dia dah lama menceburi bidang ini.” Danish meluahkan apa yang dia rasa saat ini. Terasa juga kesedihan dan kesayuannya apabila emaknya dilihat cuba meletakkan harapan yang tinggi padanya.
Emak menggangguk. Emak tahu apa yang di pikul Danish amat berat sekali. Lebih-lebih lagi Danish mengemudi syarikat dalam keadaan syarikat sedang bermasalah.
” Emak faham Danish. Tetapi mak nak Danish tahu selagi ada keinginan untuk terus maju kesempatan dan kekuatan sentiasa ada. Benar, tiada manusia tanpa masalah, tetapi masalah akan menjadi kecil sendirinya jika ia dilihat sebagai peluang. Emak harap Danish dan Dahlia dapat sama-sama membantu ayah dan emak memulihkan syarikat kita ini,” kata emak sambil tersenyum dan cuba mengambil hati anak terunanya yang dilihat seperti lemah dan tidak berdaya lagi.
Datin Rohaya tahu bahawa Danish amat baru di dalam dunia perniagaan ini tetapi beliau tidak nampak kesungguhan Danish untuk mempelajari selok belok perniagaan. Dilihat Danish bekerja seolah-olah melepaskan batuk ditangga dan hanya untuk mendapatkan gaji daripada syarikat sahaja. Itulah yang menyebabkan Datin Rohaya sentiasa memantau pergerakan anaknya sedangkan sebenarnya anak lelaki orang lain yang sebaya dengan anaknya sudah tidak lagi dikawal oleh keluarganya Di dalam hatinya Datin Rohaya tetap berharap anaknya ini mampu menjadi seorang lelaki yang hebat seperti suaminya yang tercinta di dalam segala hal dan permasalahan.
Danish membalas senyuman emak dengan perasaan tenang sekali. Benar kata emak tiada manusia tanpa masalah, tetapi masalah akan menjadi lebih kecil sendirinya jika ia dilihat sebagai peluang. Mungkin suatu hari nanti masalah tentang perkahwinannya yang dirahsia selama ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik apabila ia mengecilkan halangan yang mendatang. Fikir Danish sendirian. 
Ah halangannya hanyalah keberanian. Kalau dia berani untuk membongkorkan segala rahsia yang disimpannya adakah masalah ini dapat diselesaikan dengan baik? Tidak mungkin semuanya akan bertambah baik. Fikir Danish sendirian. Oleh itu adalah lebih baik kalau rahsia perkahwinannya ini akan tetap menjadi rahsia selamanya.




No comments:

Post a Comment