Puas sudah Qisha mengeladah tong sampah
besar yang terdapat di belakang kafeteria. Dia tidak peduli dengan bau busuk
yang menusuk hidungnya tatkala ini asalkan dia dapat menjumpai semula jam
tangan Aqif itu.
“ Betul ke kau buang jam itu kat tong
sampah ni, Qisha?” Tanya Anisah yang turut membantunya mengeledah tong sampah
tersebut.
Pertolongan
daripada Anisah cukup mengambarkan budi pekerti Anisah yang sebenarnya. Qisha
berasa begitu bertuah sekali mendapat seorang teman sebaik Anisah. Cukup susah
untuknya mendapat seorang teman yang sanggup bersusah bersama-sama.
Qisha yang sedang mengeledah terhenti
buat seketika.
“ Betul. Aku yakin sangat. Selepas aku
mengemas aku buang semua sampah di dalam tong sampah kecil. Kemudiannya aku
bawa tong sampah kecil dan buang sampahnya ke dalam tong sampah besar ini.”
Cerita Qisha.
“ Aku tak jumpa pun jam tangan kat dalam
ni. Betul ke kau buang atau kau tersalah letak?”
“ Kau cubalah cari lagi. Jamnya berwarna
silver. Jenama polo tapi aku rasa jam itu jam tiruan. Jamnya dah buruk sedikit.
Dah bercalar kat skrinnya.”
“ Kalau dah buruk baik kau ganti baru.
Dah tiga kali kita mengeladah tong sampah ni sampai badan aku ni dah bau sampah
tapi tak jumpa pun sampai sekarang.”
“ Tak boleh sebab jam tu ada sentimental value kepada Aqif. Aku
benar-benar rasa bersalah terhadapnya.”
“ Apa yang sentimental sangat? Aku ingat
dia tu keras hati tapi rupanya ada jiwang juga.”
“ Katanya jam itu dihadiahkan oleh teman
istemewanya sebelum dia meninggal sebagai pencetus semangatnya. Aku tak tahu
nak buat macamana kalau masih tidak menjumpai jam tersebut. Aku benar-benar
rasa bersalah. Kalaulah aku tak cuai…”
“ Sudahlah. Tak payah nak salahkan diri.
Perkara dah berlaku nak buat macamana lagi.” Nasihat Anisah.
Qisha mengeluh lemah. Tangannya masih
setia menyelongkar isi tong sampah tersebut.
“ Jangan-jangan sampah yang kau buang
tadi dah di ambil oleh lori sampah.” Kata Anisah membuatkan mulut Qisha
terlopong.
“ Macamana ni Nisah? Apa yang harus aku
buat?” Tanya Qisha.
Namun begitu tangannya masih tetap
menyelongkar tong sampah besar itu sampai separuh daripada isinya sudah
dikeluarkan. Bau tengit sudah menjadi aroma yang mula sebati di dalam rongga
hidungnya. Sampah yang kotor lagi menggelikan dipegang dengan tangannya tanpa
ada sedikit pun perasaan kotor. Semuanya dilakukan demi untuk mendapatkan
semula jam milik Aqif. Dia begitu kasihankan Aqif yang bersedih akibat
kecuaiannya sendiri.
“ Oiii….Cik Nyet buat apa tu?” Jeritan
Aqif membuatkan Qisha dan Anisah berpaling.
“ Mak aiii busuknya korang berdua. Sejak
bila pula korang jadi tukang kutip sampah. Iskkhh bukan..tukang selongkar
sampah,” kata Wahid yang sudah memicit hidungnya. Aroma busuk itu sudah
membuatkan dia berasa mahu muntah. Bagaimana kedua orang gadis di hadapannya
ini boleh bertahan dengan bau tersebut?
Qisha sudah bangun menghadap Aqif.
Wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Dia tidak tahu bagaimana mahu
menerangkan semua ini kepada lelaki itu.
“ Aqif, saya minta maaf. Saya gagal
mencari jam awak.”
Serentak dengan itu Aqif dan Wahid
ketawa. Ketawa yang kuat bagaikan bicara Qisha itu cukup melucukan tangkai hati
mereka. Anisah dan Qisha saling berpandangan.
“ Macamana aku nak cakap ye. Sebenarnya
aku dah jumpa jamnya. Ini!”
Aqif menunjukkan jamnya kepada Qisha
membuatkan Qisha menarik nafas lega. Hatinya begitu riang sekali. Beban yang
digalas sebentar tadi sudah mula reda.
“ Alhamdullillah. Di mana awak
jumpanya?” Tanya Qisha yang sudah tersenyum lebar. Begitu juga dengan Anisah.
Aqif dan Wahid ketawa lagi. Qisha
semakin pelik dengan sikap mereka berdua itu.
“ Mana ada jam aku hilang.” Jawab Aqif
tanpa ada riak bersalah.
Qisha mengerutkan dahinya.
“ Habis tu kau salah letak?” Teka Anisah
pula.
Aqif menggeleng sambil mengangkat
keningnya kepada Wahid. Mereka berdua sudah tersenyum lebar.
“ Tak! Aku sengaja nak kenakan kau. Lagi
pun kau mana pernah ada pengalaman menyelongkar tong sampah begini kalau aku
tak buat drama Hindustan ini. Best tak bau tong sampah ni? ” Kata Aqif yang
sudah ketawa besar.
Tersirap darah Qisha mendengarnya. Dia
betul-betul tidak menyangka Aqif begitu tergamak melakukan perkara sebegini
terhadapnya. Perasaan marahnya meluap-luap.
Geram dengan
perangai Aqif itu, dushhhh!
Satu sepakan yang
maha hebat telah di hadiahkan Qisha betul-betul di betis kering Aqif.
“ AKU tak sangka Maheran, kau sanggup
tikam aku dari belakang!!” Marah Datuk Hisham.
Datuk Maheran hanya berwajah selamba.
Langsung dia tidak takut dengan kedatangan Datuk Hisham yang bagaikan singa
lapar itu. Malah dia sudah lali dengan resam orang yang tidak dapat menerima
kekalahan diri lantas menyerang pemenangnya demi untuk memuaskan rasa hati.
“ Adat orang berniaga, setiap peluang
yang datang mesti di rebut. Bukankah kau yang ajar aku begitu? Kau dah lupa ke
Hisham?”
Datuk Hisham mendenggus.
“ Kau memang berhati busuk!”
“ Salahkah aku membeli saham yang
dahulunya dimiliki oleh arwah adik aku sendiri?”
“ Adik? Kalau arwah Mahani masih hidup
aku yakin dia sendiri tidak akan mengaku yang kau adalah kakaknya. Kau dah lupa
apa yang kau dah lakukan pada dia?” Tanya Datuk Hisham sekaligus cuba
menyingkap sejarah lama.
Datuk Maheran menggeleng. Senyumannya
masih tidak lekang di bibirnya seolah-olah tuduhan Datuk Hisham itu langsung
tidak berkudis di hatinya.
“ Apa yang aku dah lakukan pada dia?
Bukankah kematiannya itu satu kemalangan dan polis sendiri sudah mengesahkan
hal tersebut. Jadi kenapa kau mahu ungkitkan lagi kisah lama?”
“ Aku tahu Maheran dan aku kenal siapa
kau yang sebenarnya. Kau yang rancang semua kemalangan itu. Kau yang mahu Mahani
mati!”
“ Untuk apa aku lakukan semua ini? Dia
tu adik aku darah daging aku sendiri!”
“ Sebab kau cemburukan dia. Sebab aku
pilih dia bukan kau! Kau memang berhati busuk. Dan sekarang kau mahu rampas
syarikat aku pula?. Kau buat semua ini sebab nak balas dendam terhadap akukan?
Sebab walaupun Mahani sudah meninggal aku tetap tak pilih kau, bukan?”
Bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan
oleh Datuk Hisham. Tuduhan yang sebenarnya berasas. Dia kenal benar siapa Datuk
Maheran sebenarnya.
Serentak dengan itu Datuk Maheran
ketawa. Besar benar ketawanya kali ini. Seolah-olah Datuk Hisham sedang membuat
lawak antarabangsa kepadanya.
“ Aku tak sangka kau ni perasan juga
orangnya. Kau ingat aku masih sukakan kau yang dah kerepot tu? Pleaselah. Aku ni walaupun dah tua masih
ada taste,” kata Datuk Maheran dalam
hilai tawanya.
No comments:
Post a Comment